Friday, 7 December 2012


cinta si kecil

kalo anda membaca di Fb skang bnyk para pelajar yang sudah tidak punya rasa malu meluahkan rasa cinta kepada pasangan masing2...mereka belajar agama tapi mungkin kerana kurang penghayatn yang menyebabkan mereka jadi begitu..dan mungkin kerana tidak ada contoh yang boleh di jadikan teladan.
aku menyeru kepada anak2 kecil agar berfikir dahulu..jodoh itu misteri..walau anda berjanji shidup semati tapi kalau Allah xbenarkan xakan terjadi jodoh anda.. bukan masa anda untuk berfikir ke arah itu. cinta itu suci sangat maka jaga la ia dengan percintaan selepas pernikahan..jgn cinta itu dimurkai Allah kelak rumah tangga yang dibina tiada berkahnya..

Thursday, 18 October 2012

entah bila akan hilang rs cinta
rasa cinta pada orang yang mungkin ada mungkin tiada
tipulah kalo aku ckp aku xingin bercinta
tp entahla..walau ramai yang mencuba tapi masih xberjaya membuka hatiku
Ya Allah,
Kau bukakanla hijab jodohku hanya untuk si dia yang benar- benar jodohku
biarla dia cinta pertama dan cinta terakhirku
kau jaga la pandangan mataku
kau perlihatkan pandanganku pada jodohku
ku xingin mengundang kemurkaanmu dengan melakukan dosa
Ya Allah,
kau kurniakanla aku si dia yang benar- benar terima aku seadanya
yang mampu bersabar dengan kerenahku
yang sanggup menghadapi susah senang bersama ku

Monday, 4 June 2012

tabahla duhai hati

secara jujur di saat ini aku rasakan diriku serba kekurangan..
setelah melihat kawan-kawanku semua melangkah ke alam perkahwinan dan juga menjadi ibu bapa
aku merasa sedih sekali
entah bila jodoh aku akan tiba
hanya pada Allah aku memohon
semoga dipercepatkan jodoh dan dikurniakan suami yg soleh
aameenn

Wednesday, 18 April 2012

siapa jodohku?





hanya Allah yang tau siapa jodohku
mungkin belum tiba masanya untuk aku bertemu jodohku
yang aku harap agar jodohku seseorang yang mencintai aku kerana Allah
biar pernikahan aku lambat asalkan aku kekal dengannya sehingga ke syurga Allah
aaameeenn ^_^


Tuesday, 3 April 2012

jauh



bila angin bertiup
aku pejamkan mataku
aku rasakan kau di sisiku
aku berjalan mengikutimu dalam diam
setiap hari, langkah demi langkah
tapi aku belum mampu mendekatimu

Thursday, 22 March 2012

sentiasa menyintaimu





kerana aku mampu melihat
dan kerana aku tak mampu memegangmu
hatiku sedih
walaupun kau berdiri di depanku
aku hanya mampu mengikutmu sebagai bayang-bayang
dan kerana aku tak mampu memanggilmu
aku menangis lagi
hari ini aku menyintaimu
esok aku akan menyintaimu
dan esok aku akan terus menyintaimu lebih dari kelmarin
walaupun aku tak dapat menunjukkan apa yang ada dalam hati ini
sebenarnya aku tak mahu berjauhan denganmu
aku mahu berada di sisimu
dan aku akan tunggu hari itu tiba
dan sehingga itu aku akan terus hidup untuk meyintaimu