Friday, 6 January 2012

jom diet...^_^

ni untuk aku la
berat makin naik
hati makin susah
patut xdak org nak ke aku
comillllll sgt ha..
hihihi

mari cuba..10 tips diet..

Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)

aku marah !!!!!!


meluat aku dgn engineer tmpt keja aku
poyo ja lebih..ingt dia bagus sgt..mntk pasang lampu pon xmo..
naseb baik laki org..ada bini nak kena tanggug
tidak aku repot boss suwh pecat ja

ni dah kali ke bpe ntah aku marah..

Thursday, 5 January 2012

nak kulit cantik? putih? ini tipsnya

ok..pada hari ini saya akan berkongsi maklumat mengenai macam mana nk dapatkan kulit yang cantik dan putih
senang ja..pakai saja BEDAK SEJUK..saya tidak tipu..kulit anda akan cantik selepas menggamalkan beberapa kali..senang dan menjimatkan..SELAMAT MENCUBA

p/s: saya dah try sekali sekala..agak memuaskan..^_^

aku dilamar lagi tapi .....^_^



Ya..aku di lamar lagi
tapi kali ni oleh si dia yang aku sayangi
Ya Allah..aku bersyukur padaMu
kalau kejadian semalam adalah
permulaan yang baik dalam hidupku

tapi
si dia melamar cara xpasti
kalau benarlah
Ya Allah
aku pohon padaMu
agar kau membuka hatinya hanya untukku

aku berharap agar si dia  melamarku secara rasmi
mungkin dia terlalu sibuk dengan exam yang sedang dia lalui
aku xnak kusutkan keadaannya
moga exam kali ini memberikan dia kejayaan agar
masa depan kami terjamin
setiap yang berlaku mungkin ada hikmahnya
aku redha andainya selepas ini dia bukan milikku
tp untuk masa terdekat
aku akan menunggunya
^_^

Wednesday, 4 January 2012


terlalu rindukan dia


Ya Allah,,,
aku terlalu rindukan dia
siang malam hatiku ingatkan dia
aku takut rinduku padanya melangkaui rinduku padaMu

Ya Allah,,
jika benar dia jodohku
kau satukanlah aku dan dia dibawah rahmatMU
jika dia bukan jodohku
kau jauhkan aku dari mengingatinya

Ya Allah
hanya satu ku pinta
bukakan la hatiku untuk si dia yang benar- benar jodohku
jagalah pandangan aku
dari manusia yang bukan jodohku

Ya Allah
sakitnya merindu
kupohon padaMu
andai dia benar2 jodohku
ku bersyukur 

Wednesday, 28 December 2011

aku JATUH CINTA ^_^







Ya..akujatuhcinta
aku pon xsedar bila masa aku jatuh cinta sbb aku jnis mls nk mikio
tp skali suka ramai plk
aku rasa mereka tahu aku sukakan mereka
malu pon ada
tp yang pasti
aku suka

1)      Jejaka pertama warga uia..xramai yg kenai aku je kenai so ramai la xtau aku suka..aku diam ja
Dulu dia nak ke aku tp aku mls lyn sbb aku xreti cinta2 ni..aku takut nk kuar bedating..malu kalo org nmpk..aku kan dak MMAS..hihihihi..tp bila teserempak ngn dia..dia ckp nk p msjid ttb hatiku mula suka kt dia..aku rs mcm nak abaq kt dia kta aku suka sgt..tp malu..lps tu aku mula msg  dia tp jrg la sbb xkan aku ja kan..time tu mmg muka xtau malu glerr sbb nak sgt kan..tp makin lama dia pon mcm xksh kt aku sbb aku xmo ngn dia tp sbnqnya aku nk dah ngn dia..lps grad pon aku still msg dia..ada satu mlm kt uia..esok tu nk konvo ni..dia msg tnya aku nak kawin bila..aku rs bedebo gler..aku kta ikut mak..aku tnya la awat..nk kwin ke? Dia kta insYAallah nk tung dulu..sebak gler sbb dia da ada  org len..tp aku xnangis sbb sok nk konvo kot..dia ckp nak mai ku ckp xpyh la..sedih kot..hurmm..
Setelah sekian lama ku msg la cam besa nanti dia kta pa plak kan..ttb dia tnya lagi..kalo dia nk pasang dua bley x aku jadi istri ke2 dia..aku rs mcm nk sula ja dia..dia kta dia serba slh..haish laki kan..mmg senget..lps tu aku trus xmsg..nm dia aku buang dr list tp mmg aku sedihhhhhh

2)      Jejeka ke2: warga uia gak yg ni org ckp dia sombong..mcm control macho cmtu la…kalo dia tgk aku mst jelling..jumpa aku mcm xpnh kenai tp mmg xkenai pon..hihi..ramai la gadis2 yg suka ke dia tp aku suka tp aku wat xtau ja la sbb dia ensem..aku ni apa pon tarak kan…
Tp satu hari dlm class aku dpt msg..dia ckp nk kwn..aku xbls g sbb aku mls nk lyn kalo org aku xkenai so aku try la check no tu tgk2 si dia..aku rs syiok gler kot..xsgka dia nk ngn aku..aku pon rply la tp aku wat2 xtau lagi..tnya spa dia xnak gtau..dia ckp  kalo nk tau jnj jgn ckp kt sapa kalo nk tau…aku kta ok la kalo cmtu..dia pon ckp..kami still kwn cm besa..xde la msg slalo pon..sbln skali..setaun skali cmtu la..aku xksh pon sbb time tu xde la feeling sgt ke dia pon…pastu taun ni dok la yM ngn dia..dia tnya rindu ke dia ke..aku jwb xla..mn bley kan awk da brpunya..sbb aku pnh nmpk dia jln ngn pmpuan len time tu aku mmg frust gler la sbb dia wat mcm xkenai aku..dia ckp jgn la give up ke dia..aku mmg xphm gler mksud dia..pahtu dia off..last skali baru la dia tau aku suka ke dia..aku gak yg suka kan? Laki mmg xpnh ngaku..dia tnya syg x kt dia? Cmne aku nk jwb kalo dia xsuka ke aku..tp dlm seminggu  tu kami slalo msg la..tp slps besday dia dia da xmsg..aku pon hairan..aku rs mcm dia nk pemain aku..so aku ntaq la msg good luck cmtu ja la sbb dia da nk exam..ni last sem dia tp tu la dia da xmsg aku..aku xtau nk ckp cmne..dia pemainkan aku ke or xnak trjebak cinta2 ni sbb dia mcm alim ja tp mslhnya dia xckp betoi2 nk ke x ngn aku..kalo dia ckp betoi2 aku sgup tgu..dia xmsg pon aku xksh sbb sling prcaya..tp smlm aku mimpi dia..aku nanges tepi dia tp dia senyum ja..haishhh…aku ni mcm gantung xbrtali tp kalo org mai minag aku taun dpn kompem aku trima xtgu dia dah sbb dia dah jadi BISU..tensennnnn

3)      Jejaka ke 3: bdk sek rendah aku..hmm yg ni aku suka sbb dia pndai..hihi tp dia da nk betung so ttp cter..hihi

4)      Jejeka ke 4: bdk sek rendah aku gak..aku suka dia sbb dia ada ilmu agama..bley bimbing aku..pantg dia online aku mst nk teguq..aku rs dia tau gak..dulu dia pndiam tp skang dia da pndai melawak..aku suka sgt tp xpsti la dia suka ke x..sbb dia dok jauh mst dia da jupe calon yg lagi baik dr aku kan..xksh la..aku harap dia pon suka aku ..hehehe


Ni la kisah cinta aku yang bertepuk sblh jari..mmg pyh nk bunyik kan..so smpe skang aku masih blom brpunya..aku pyh nk cintakan org len..hurmmm..tp aritu aku jupe admire aku time MMAS dulu..best sgt tp kompem la dia xtau sbb kami xcampor..huhu..
Kt uia dulu aku suka bdk indon ni..xtau kenapa..asal tsempk ja kami mst  lawn pndg padahal xkenai pon..Cuma tsempk ja..yg bley tau dia indon sbb time ummatic week dia pakai baju batik jawa n dok kt booth indon..so mmg xkenai nm dia smpe la skang ni

Apa pon yang pasti..jodoh tu semua di Tangan Allah..ramai ckp kena berusaha tp aku da abih berusaha dah ni..xkan nk couple ala2 org skang..xnk la takut xberkat..bak kata anuar zain..CINTA TAK SEHARUSNYA MEMILIKI kan? So kdg2 suka tu mungkin hnya sebagai kawan..aku rs aku xkawin g sbb mak aku xbg g kot sbb nak wat umh, nak keja dulu..Allah tau aku nk tolong mak aku..w’pon ramai yg dtg meminag aku trpksa tolak bkn sbb aku masih sukakan jejaka2 trsebut tp sbb nak tolong mak aku..kawin aku tolak tepi dulu..insyaAllah..lepas aku dpt keja wat umh..sapa yg mai minang aku insyaAllah aku akn pertimbangkan sbb aku pon jeles tgk kwn2 ramai da kawin da ada anak..
Doakan ye..aku nak cari hubungan yg halal lagi diredhai..w’pon ramai yg pndg enteng aku masih tiada sapa2..aku percaya Allah dah tentukan yang terbaik untukku…
 ^_^