Saturday, 4 May 2013
Wednesday, 1 May 2013
doa ketika peperiksaan
Doa memulakan ulangkaji:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
Doa selepas mengulangkaji:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْء
Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya:“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"
tips peperiksaan
7 Tips Motivasi Diri Menjelang
Peperiksaan
·
Pembuka kata
Menjelang peperiksaan,
bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar,
kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan
berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, anda perlu sentiasa menaikkan tahap
motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.
Ada sahabat saya
seorang guru yang bergurau dengan saya dengan mengatakan, “Pelajar yang pergi
kursus motivasi ni, masa dalam kursus, semangat mereka panas membara. Mereka
berkobar-kobar hendak belajar dengan lebih tekun dan mahu mencapai kejayaan
yang selama ini nampak mustahil. Pendek kata, memang panaslah….
Tetapi, habis sahaja
kursus, dalam perjalanan balik ke rumah, bila dah kena angin yang bertiup,
terus je diorang sejuk. Belum sampai ke rumah lagi pun dah sejuk. Habis, macam
nak bersemangat untuk berusaha?”
Saya tergelak
mendengar celoteh sahabat saya ini. Bila difikirkan, ada betulnya. Kursus
motivasi boleh menaikkan semangat pelajar dengan cepat tetapi selalunya
cepat pula semangat mereka turun semula. Saya terfikir, mengapa ini terjadi?
Ada banyak sebab
mengapa ini terjadi. Tetapi satu sebab yang saya nampak dengan jelas ialah,
kursus motivasi sebenarnya bukan sahaja cuba menaikkan semangat pelajar ketika
kursus dijalankan, ia juga
selalunya membekalkan
teknik-teknik yang patut diamalkan agar pelajar sentiasa bersemangat untuk
berusaha. Teknik-teknik ini selalunya dikenali sebagai teknik untuk
memotivasikan diri sendiri.
Mungkin pelajar
terlupa akan kepentingan teknik ini. Mungkin juga pelajar gagal mendisiplinkan
diri untuk mencuba teknik-teknik tersebut. Apa yang pasti, motivasi bukan
sahaja datang daripada luaran tetapi yang lebih penting ialah yang datang dari
dalam diri pelajar itu sendiri. Di dalam buku ini saya akan bincangkan 7 teknik
untuk memotivasikan diri anda sendiri menjelang peperiksaan.
Teknik 1
Kekalkan Imej Kejayaan
Teknik utama yang saya
ingin kongsikan ialah jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam
diri anda untuk berjaya, anda mestimengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda. Seperti yang anda
tahu, minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa.
(There could be only one dominant thought at one time).
Jadi, apa yang selalu
anda kekalkan dalam fikiran anda selepas anda menghadiri kursus atau membaca
buku-buku motivasi? Kebanyakan pelajar yang hilang fokus dan semangat menjelang
peperiksaan telah hilang fokus kepada imej kejayaan di dalam minda mereka.
Jadi, mulai hari ini,
fikirkan, apakah imej kejayaan yang anda ingin isi dalam minda anda? Mungkin
anda boleh bayangkan imej kejayaan ketika mengambil keputusan peperiksaan.
Mungkin juga anda boleh pergi jauh lagi dengan membayangkan imej kejayaan
ketika anda sudah memasuki alam pekerjaan.
Untuk pengetahuan anda
juga, imej kejayaan di masa akan datang tidak semestinya menjadi seorang ahli
korporat. Anda boleh jadi apa sahaja. Cuma, walau apa-apa pun kerjaya yang anda
pilih, pilih untuk jadi professional, maksudnya, jadi yang terbaik.
Jadi, latihan untuk
hari ini, fikirkan apa imej yang anda ingin kekalkan di dalam minda anda untuk
terus rasa bersemangat. Ingat, jika anda tidak memilih untuk mengisi minda anda
dengan imej yang memberikan semangat, ia akan diisi dengan imej yang akan
menjatuhkan anda. Selamat mencuba.
Teknik 2
Dekati Sahabat
Berfikiran Positif
Mengekalkan imej yang
positif atau imej kejayaan selalunya adalah sesuatu yang sukar. Terlalu banyak
perkara negatif disekeliling anda yang boleh mempengaruhi apa yang anda
fikirkan. Pada pendapat anda, secara umum, minda pelajar lebih
mudah diisi dengan unsur-unsur negatif atau positif……..????
Jawapannya tentulah
unsur negatif. Ini kerana, anda perlu berusaha secara sedar untuk
meletakkan unsur positif dalam minda anda. Jika anda tidak ada usaha untuk itu,
secara otomatik, unsur negatif akan memenuhi minda anda. Ada pepatah yang
mengatakan bahawa, minda adalah umpama sebuah taman. Jika taman itu tidak
ditanam dengan pokok-pokok bunga, lalang dengan sendirinya akan tumbuh.
Begitu juga dengan
minda anda. Jika anda tidak berusaha memenuhkan minda anda dengan
perkara-perkara yang baik dan positif, ia akan dengan sendirinya dipenuhi
dengan perkara-perkara negatif dan tidak baik.
Jadi, tips kedua ini
ialah, dalam usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda
supaya sentiasa bersemangat, anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang
juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan
bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan
berbau harum.
Jadi, cari pelajar
lain atau kawan anda sendiri yang selalu bersemangat berusaha untuk berjaya. Luangkan
masa bersama mereka. Ikut langkah mereka dalam belajar dengan bijak. Berkongsi
pendapat dan ilmu bersama mereka tentang cara terbaik untuk mencapai matlamat
anda untuk peperiksaan. Insyaallah, anda akan berjaya. Selamat mencuba
Teknik 3
Jauhi Sahabat
Berfikiran Negatif
Sama seperti teknik
kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda
anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya,
anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri
daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising
dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka.
Apabila saya katakan
menjauhkan diri, ia tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan dengan
sahabat-sahabat anda ini. Ia bermaksud anda perlu kurangkan masa bergaul dengan
mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa.
Ada satu pepatah
Inggeris yang mengatakan bahawa, “Jika anda mahu terbang bersama helang di
langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah”.
Selalunya kawan-kawan
yang berfikiran negatif akan melemahkan dan menjatuhkan semangat anda.
Contohnya, jika anda ceritakan kepada mereka bahawa anda bercita-cita untuk
mendapat 8A dalam peperiksaan, mereka mungkin akan ketawa dan berkata bahawa
anda tidak mungkin berjaya sebegitu. Ini pasti melemahkan semangat anda.
Kawan-kawan anda yang
berfikiran negatif juga selalunya mudah berputus-asa. Mereka tidak mahu
berusaha untuk berjaya kerana ia amat sukar dilakukan. Jadi, mereka mula
berputus-asa. Apa yang tidak bagus ialah, mereka juga mungkin akan mempengaruhi
anda untuk berputus-asa.
Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 87, “….dan janganlah kamu
berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus-asa dari
rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”
Jadi, jauhi
kawan-kawan yang bersifat negatif dan mudah berputus-asa. Ingat, saya kata
jauhi, bukan putuskan hubungan persahabatan dengan mereka.
Teknik 4
Mulakan dengan api
yang kecil
Teknik motivasi diri
menjelang peperiksaan yang keempat ialah, mulakan dengan api semangat yang
kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar. Biar saya
terangkan dengan lebih lanjut.
Ada dua kaedah utama
untuk menyalakan api semangat yang kecil ini.
1. Menguasai satu
bahagian kecil subjek
2. Mencari faktor atau
perkara yang boleh menyalakan api semangat yang kecil itu.
Kaedah pertama
Biasanya, anda tidak
bersemangat tentang suatu subjek kerana anda tidak pandai dalam subjek
tersebut. Jika anda tidak pandai Bahasa Inggeris, pasti anda tidak suka subjek
itu. Kalau ada masa lapang, anda pasti akan ulangkaji subjek yang anda lebih
suka dan pandai, bukan subjek bahasa Inggeris. Untuk menaikkan minat dan
motivasi anda terhadap matapelajaran yang anda tidak pandai ini ialah, pilih
hanya satu bahagian kecil yang boleh anda kuasai.
Anda tidak boleh
kuasai Bahasa Inggeris dengan sekelip mata. Anda tahu banyak benda yang anda
tidak tahu, jadi ini akan melemahkan semangat anda. Jadi, apa yang patut anda
buat sekarang, cari satu bahagian kecil dalam Bahasa Inggeris yang anda mahu
kuasai. Contohnya, anda mahu kuasai perkara asas dahulu, apakah perbezaan
antara Noun dan Verb. (jika anda rasa ini mudah, jangan terkejut
jika saya kata saya jumpa terlalu ramai pelajar walaupun sudah disekolah
menengah tidak tahu beza dua perkara ini).
Fahami betul-betul apa
maksud noun dan verb ini. Cari perbezaan mereka. Cari
perkataan-perkataan yang dikatakan verb dan juga noun. Pendek kata, belajar betul-betul sampai anda nampak 2 perkara
ini mudah sahaja. Ini yang saya maksudkan dengan bermula dengan api semangat
yang kecil.
Apabila anda sudah
menguasai sesuatu walaupun ia kecil sahaja, ia adalah satu api semangat yang
telah mula menyala dalam diri anda. Percayalah bahawa, setelah api semangat
yang kecil ini telah menyala, anda akan rasa lebih berminat untuk menambahkan
apa yang anda tahu. Jadi anda kuasai bahagian lain pula.
Semakin banyak yang
anda kuasai, semakin besar nyalaan api semangat ini. Keyakinan diri anda akan
bertambah. Penguasaan anda terhadap subjek juga akan bertambah. Apabila api ini
sudah cukup besar dan menyala dengan begitu berkobar-kobar, insyaallah saya
percaya anda akan kecapi kejayaan yang anda idam-idamkan.
Kaedah kedua
Untuk anda menyalakan
api kecil itu, anda boleh lakukan bukan sahaja dengan menguasai bahagian kecil
dalam mana-mana subjek, tetapi dengan mencari apakah perkara yang boleh
menyalakan api kecil dalam diri anda itu. Maksudnya begini. Pernahkah anda
sedang buat sesuatu seperti menonton televisyen, bermain bolasepak,
berjalan-jalan, membeli belah atau berehat, tiba-tiba sahaja anda rasa semangat
anda untuk belajar meningkat. Anda jadi bersemangat dengan tiba-tiba.
Apabila itu berlaku,
anda terus rasa rajin untuk belajar dan mengulangkaji. Apa yang berlaku ini
ialah api semangat yang kecil itu telah menyala. Ia tidak menyala dengan
sendiri, tetapi sesuatu yang anda lakukan telah menyalakannya.
Tugas anda hari ini
ialah untuk mencari apakah aktiviti yang anda lakukan yang boleh menyalakan api
semangat dalam diri anda ini. Ia tidak semestinya anda mesti baca buku.
Jika anda tanya saya,
api semangat dalam diri saya selalunya menyala jika saya menonton movie yang
berkisahkan kehebatan manusia seperti kisah Ejen rahsia yang hebat seperti ‘The
Bourne Identity & The Bourne Supremacy’ dan beberapa cerita fantasi lain.
(Malu pula saya hendak nyatakan filem-filem fantasi berasaskan komik yang saya
minati )
Apabila saya menonton
cerita begini, saya rasa bersemangat melihat kehebatan watak-watak dalam cerita
itu. Ini secara langsung menyalakan api kecil dalam diri saya. Jadi, setiap
kali saya hilang semangat dan memerlukan api kecil itu, saya akan pasang vcd
movie yang saya minat tadi.
Bagaimana dengan anda?
Apakah aktiviti begini untuk anda? Saya perlu ingatkan bahawa pada mulanya agak
sukar untuk mencari aktiviti ini tetapi jika anda teruskan usaha dan membuka
mata dan minda anda, insyaallah anda akan jumpa.
Satu peringatan yang
perlu saya berikan ialah, apabila anda sudah menemui aktiviti yang boleh menaikkan
semangat anda atau boleh menyalakan api semangat dalam diri anda, jangan
lakukan aktiviti tersebut secara berlebihan. Setiap perkara yang dilakukan
berlebihan akan membawa kesan yang tidak baik.
Contohnya, mungkin
anda rasa anda perlu bermain permainan komputer untuk membuat anda rasa
bersemangat untuk belajar. Tidak mengapa. Tetapi, jangan sampai anda terlalu
asyik bermain permainan komputer hingga anda lupa bahawa tujuan anda bermain
itu adalah untuk menaikkan semangat untuk belajar, bukan untuk terus bermain.
Teknik 5
Lakonkan Watak
Kejayaan
Teknik yang kelima in
adalah agak penting. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, jika anda
hendak mengekalkan motivasi diri, anda perlu mengekalkan imej kejayaan dan imej
positif di dalam diri anda. Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini
ialah dengan berlakon. Ya, berlakon!
Apa yang perlu anda
buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah
anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Apabila hendak berlakon,
anda perlu buat betul-betul seperti orang berlakon.
Anda perlu duduk
seperti pelajar pintar, anda perlu buat memek muka seperti pelajar pintar, dan
bergerak juga seperti pelajar pintar. Bagaimana pelajar pintar lakukan semua
itu? Anda cuma perlu bayangkan sahaja kalau seseorang itu pelajar pintar,
bagaimana agaknya cara mereka lakukan semua perkara tadi.
Berlakon yang anda
juga adalah seorang pelajar pintar yang paling bersemangat semasa belajar.
Berlakon seperti anda betul-betul berseronok dan gembira semasa anda belajar
dan mengulangkaji.
Mengapa perlu
berlakon?……… Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlakon atau
betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. Jadi, bila anda berlakon
seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi seperti pelajar
pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran anda akan jadi
lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. Pendek kata, anda
betul-betul jadi pelajar pintar.
Saya faham, selalunya
tidak lama anda boleh kekalkan berlakon begini. Tidak mengapa. Ada yang
bertahan selama 10 minit. Ada yang lebih. Tetapi buat teknik ini setiap kali
anda mahu belajar. Lama- kelamaan anda akan bertahan lebih lama. Beri sedikit
masa sahaja lagi, insyaallah anda akan kekal berfikiran seperti seorang pelajar
paling pintar di Malaysia.
Anda juga perlu ingat
bahawa melakonkan watak kejayaan adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran
memerlukan latihan dan pengulangan. Sama seperti belajar menunggang basikal di
mana anda perlu terus berlatih hingga anda berjaya menunggang tanpa jatuh, anda
juga perlu berlatih melakonkan watak kejayaan hingga anda rasa selesa dan
percaya sebenar-benarnya bahawa anda adalah orang yang berjaya.
Selamat mencuba.
Teknik 6
Kurangkan Tekanan
Perasaan
Peperiksaan sudah
semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau
anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama
lagi?
Merasa gementar atau
tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa
jika anda tidak boleh mengawalnya. Sewaktu saya mengambil peperiksaan SPM pada
tahun 1993, ada dua pelajar daripada sekolah saya yang tidak dapat mengambil
peperiksaan. Mereka tidak sihat secara mental dan saya percaya ia disebabkan
oleh tekanan menghadapi peperiksaan.
Soalan saya, apakah kesan tekanan menghadapi peperiksaan ini ? Maksud saya, apakah kesan-kesan yang
anda boleh lihat akibat tekanan perasaan?
Tuliskan 10 jawapan
anda di atas kertas. Saya beri masa 3 minit untuk anda menulis kesan-kesan
tekanan perasaan itu………… (3 minit dari sekarang……………..)
(……..anda sudah
tulis….? Jangan sambung baca selagi anda belum tulis…. nanti anda tidak dapat
faham apa yang saya ingin sampaikan dalam mesej ini.)
Baiklah. Apa yang ada
dalam senarai anda? Antara kesan-kesan yang biasa pelajar tulis ialah pening
kepala, tumbuh jerawat, cepat marah, hilang mood, hilang selera
makan,(bertambah selera makan pun ada ), sakit perut, sakit hati, hilang
tumpuan, rasa nak pengsan, benci tengok kawan, benci tengok muka guru, benci
tengok muka sendiri, dan macam-macam lagi perkara yang negatif. Ada tak
contoh-contoh ini dalam senarai anda?
Baiklah. Satu lagi
soalan saya, dalam senarai anda, ada tak kesan yang positif atau kesan yang
baik? Hmm…. selalunya, saya tidak pernah tengok pelajar tulis kesan yang baik
bila ditanya tentang kesan tekanan perasaan. Padahal, memang ada kesan yang
baik.
Apakah kesan baik
tentang tekanan perasaan? Saya akan bagi ‘pembayang’. Kesan positif tekanan
perasaan ada kaitan dengan orang yang membuat senaman angkat berat. Apa agaknya
ya? Fikirkan…….
Dapatkah anda meneka
apakah kesan baik tekanan perasaan kepada kita? Baiklah, saya akan terangkan
dulu apa kesan membuat latihan angkat berat.
Katakan Ali berlatih
angkat berat dan dia mengangkat besi seberat 20 kg beberapa kali hingga dia
tidak mampu mengangkatnya. Besi yang berat ini memberi tekanan kepada otot-otot
tangan Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan terasa sakit. Ini disebabkan
otot-otot pada tangan Ali telah rosak disebabkan tekanan tadi.
Satu perkara yang
hebat mengenai manusia ciptaan Allah, jika otot-otot kita rosak disebabkan
tekanan benda berat tadi, ia akan digantikan dengan yang BARU, LEBIH BESAR dan
LEBIH KUAT.
Ini bermakna, apabila
Ali sudah hilang rasa sakit, kekuatan tangannya akan bertambah. Sebab itulah
sebenarnya jika mula-mula kita angkat beg sekolah kita rasa berat, tapi lama
kelamaan kita rasa biasa sahaja. Ini kerana kekuatan kita telah bertambah.
Begitu juga dengan
tekanan perasaan. Tekanan perasaan membuat kita pening kepala, sakit perut,
rasa nak muntah dan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar, hadapi tekanan itu
dengan rasa yakin bahawa ia akan membuat kita lebih hebat, insyaallah kita akan
jadi lebih matang dan bijak. Kita buat soalan matematik contohnya dan rasa
pening, jika kita sabar dan hadapi tekanan itu dengan tenang, kita akan rasa
bahawa soalan matematik tidak lagi memberi tekanan perasaan kepada kita. Ia
seolah-olah kita sudah menjadi semakin kuat.
Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Insyirah: Ayat 5-8,
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukarandisertai kemudahan. Bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertaikemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka
bersusah payahlah (mengerjakan yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah
engkau bermohon.”
Sabda Rasulullah S.A.W., “…dan ketahuilah bahawa kemenangan itu
akan terhasil sesudah kesabaran, dan kelapangan itu
akan muncul sesudah kesusahan. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu
sentiasa akan timbul kesenangan.” (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah dan sabda
Rasulullah ini sahaja sudah cukup untuk memberi kita ketenangan kerana sudah
ada jaminan bahawa setiap kesukaran dan kesulitan yang kita lalui pasti akan
diberi ganjaran lain dalam bentuk kesenangan dan kemudahan.
Jadi, sebagai langkah
permulaan, ingat satu perkara ini. Jika anda rasa tertekan, percaya bahawa
apabila anda susah melaluinya anda akan jadi lebih bijak dan matang dan anda
akan lebih mempunyai peluang untuk berjaya di dalam pelajaran atau dalam hidup.
Kaedah-keadah mengurangkan tekanan perasaan
Setelah kita tahu
bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat
mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang
kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir,
anda akan jadi lebih bijak dan matang.
Saya ingin kongsikan
satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Teknik ini saya namakan
mencari ‘masa aktif’.
Salah satu sebab anda
merasa tertekan ialah kerana anda penat. Apabila anda penat, anda tidak boleh
menumpukan perhatian kepada apa yang anda belajar. Apabila anda tidak boleh
menumpukan perhatian, anda tidak faham. Apabila anda tidak faham, anda rasa….
TERTEKAN!
Mencari masa aktif
bermaksud, anda perlu mengenal pasti pada waktu bila kah anda paling aktif?
Maksud saya, dalam sehari, pada waktu mana fikiran anda paling cergas? Ada
pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada pelajar yang cergas di waktu malam
dan ada di waktu petang. Jika anda belajar sewaktu minda anda cergas dan tubuh
badan anda rasa segar, anda lebih mudah faham apa yang anda pelajari.
Disebabkan anda sedang cergas, anda juga tidak akan mudah rasa tertekan. Jadi,
kenal pasti waktu mana yang sesuai untuk anda belajar. Kenal pasti, bilakah
‘masa aktif’ anda itu.
Ada satu peringatan.
Jika masa aktif anda adalah pada waktu malam, anda perlu berhati-hati supaya
jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pada waktu siang. Aktiviti berat
seperti bermain bola selama 2 jam di waktu petang hingga anda hilang semua
tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam. Sama juga jika masa
aktif anda ialah pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka
belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif anda itu.
Pernahkah anda merasa
begitu tertekan hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh makan? Ingat semula
pengalaman itu. Cuba ingat, bagaimana cara anda berdiri, bagaimana cara anda
duduk dan bagaimana memek muka anda ketika anda merasa tertekan? Ingat?
Bagus. Jika anda
hendak tahu, anda boleh mengurangkan rasa tekanan dengan hanya mengubah cara
anda berdiri, duduk dan juga menukar memek muka anda. Sekarang, jika anda rasa
tertekan, cuba berdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam. Tinggikan kedudukan dada
anda seolah-olah anda baru menang satu anugerah dan anda merasa sangat bangga.
Senyum. Senyum sampai nampak semua gigi anda. Apa yang anda rasa sekarang?
Lebih baik kan? Ini adalah teknik ‘Fisiologi’ untuk mengurangkan tekanan
perasaan.
Teknik ini adalah mudah.
Ia mengatakan bahawa anda boleh mengubah apa yang anda rasa dengan hanya
mengubah cara pergerakan tubuh badan anda. Mari kita cuba sekali lagi. Katakan
anda hendak pergi ke meja anda untuk belajar. Buku-buku anda telah siap
tersedia di atas meja. Cuba jalan perlahan-lahan dengan muka yang ‘monyok’
(boleh guna ke perkataan ni ) Kalau tak faham monyok, buat muka ketika
anda sangat kecewa. Jalan dengan langkah yang berat seolah-olah ada rantai di
kaki anda dan anda tidak larat nak berjalan dengan tegak.
Apa yang anda rasa?
Berat dan malas kan? Untuk mengatasinya, buat perkara sebaliknya. Berjalan
dengan gagah dan buat muka riang gembira macam anda baru menang hadiah cabutan
bertuah. Apa anda rasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebih cergas, anda
juga akan kurang merasa kesan tekanan perasaan yang melanda.
Jadi, ubah pergerakan
anda dan ubah memek muka anda untuk mengurangkan tekanan perasaan yang anda
rasa.
Mutiara Kata
Manusia amat
memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat
sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air
dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika
kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~
Seperti yang telah
kita bincangkan tadi, tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita
dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah ada
menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak.
Adalah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini.
Satu lagi kaedah yang
ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik
pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang
diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat
(jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik
pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.
Mula-mula berdiri.
Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung
anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan
ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8
saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).
Kekalkan belon besar
itu di dalam perut anda selama 4 saat.
Kemudian, kempiskan
belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.
Kemudian biarkan belon
itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.
Kemudian ulang semula
proses ini dari awal 4 – kali. Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar
tekanan perasaan itu akan menurun.
Selamat
mencuba.
Teknik 7
Doa
Tips ketujuh untuk
motivasi diri menjelang peperiksaan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah
teknik yang paling penting dan meliputi semua teknik-teknik yang telah saya berikan.
Jangan fikir ini teknik terakhir maka ia tidak penting! Saya letakkan teknik
ini di bahagian teknik paling akhir kerana anda perlu faham teknik pertama
hingga keenam dahulu sebelum anda boleh kuasai teknik ke tujuh ini. Teknik ini
ialah doa yang khusus.
Sepanjang pengalaman
saya dan rakan-rakan saya sebagai pelajar dulu, kami percaya doa adalah satu
senjata paling hebat yang dimiliki oleh seorang pelajar. Jika anda tidak
bersemangat, mungkin ia kerana anda kurang berdoa. Jika anda selalu berdoa
tetapi tidak masih kurang bersemangat, mungkin ia kerana doa anda tidak
memenuhi ciri-ciri yang diperlukan.
Hari ini, saya berikan
lima perkara asas dalam melafazkan doa. Asas ini saya pelajari daripada ustaz
saya semasa saya berada di Tingkatan 1 dulu. (Lama dah tu ) Perkara asas
ini seperti lima jari anda.
Setelah anda tahu 5
asas dalam melafazkan doa, anda perlu tahu bagaimana cara melaksanakan doa
supaya anda kekal bersemangat dan mula menuju ke arah matlamat anda. Kebanyakan
pelajar tidak tahu 5 asas yang saya berikan semalam. Bagi pelajar yang tahu 5
asas doa itu pula tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk melaksanakannya.
Ada 5 langkah lagi
untuk melaksanakan doa (Fuhh!! banyak betul langkah ni. Harapnya anda belum
penat lagi )
Langkah satu
Kenal pasti apa yang
anda mahukan sejelas-jelasnya. Saya sedar kebanyakan pelajar berdoa dengan doa
yang sudah dihafal. Doa-doa yang ada dalam buku semuanya bagus jika anda baca.
Namun saya percaya adalah bagus juga jika anda membaca doa anda sendiri, iaitu
apa yang anda inginkan dalam ayat anda sendiri. Apabila anda guna ayat sendiri,
anda lebih faham apa yang anda minta, anda rasa lebih selesa dan lebih jelas
tentang apa yang anda mahu. Jadi, mula tulis doa menggunakan ayat anda sendiri.
Langkah kedua
Lafazkan doa anda.
Anda boleh lafaz dalam hati tetapi bagus lagi jika anda lafazkan dengan suara.
Tidak perlu suara yang kuat. Cukup untuk telinga anda mendengar suara anda sendiri
sahaja. Ingat, lafazkan doa dalam bentuk positif. Jangan doa “Aku tidak mahu
gagal lagi”. Jika anda doa begini, perkataan gagal akan memenuhi minda anda dan
itulah selalunya yang akan muncul dalam hidup anda. Lafaz “aku berjaya dalam
peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dengan 5A/6A/7A….”
Langkah ketiga
Bayangkan apa yang
anda doakan. Jika anda berdoa untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, bayangkan
bagaimana agaknya reaksi anda ketika anda mengambil keputusan peperiksaan dan
anda melihat keputusan 8A dalam kertas keputusan peperiksaan anda. Bayangkan
situasi itu semua dengan jelas.
Langkah keempat
Rasakan apa yang anda
bayangkan tadi. Maksud saya, jika anda bayangkan diri anda mendapat 8A dalam
peperiksaan, apakah agaknya perasaan anda ketika itu? Adakah anda rasa terlalu
gembira hingga anda menangis? Adakah anda akan rasa begitu gembira hingga anda
melompat-lompat di tempat mengambil keputusan peperiksaan itu? Itu semua
terpulang kepada anda. Tetapi, semakin kuat apa yang anda rasakan, semakin kuat
juga kemungkinan untuk doa anda itu termakbul.
Langkah kelima
Yakin dengan izin
Allah bahawa doa anda itu akan termakbul. Setelah anda berusaha dengan
bersungguh-sungguh, hasil dikemudian hari adalah berlaku di atas izin Allah.
Anda perlu bertawakkal dan dalam masa yang sama rasa yakin bahawa doa anda ini
akan termakbul.
Selamat berdoa.
Kesimpulan
Alhamdulillah dan
tahniah kerana anda telah habis membaca buku ini. Saya ada sebut dalam beberapa
artikel dilaman web saya bahawa, tidak banyak orang yang membaca buku di negara
kita, dan daripada sejumlah yang membaca buku pula, tidak banyak yang membaca
daripada awal hingga akhir.
Dengan menghabiskan
bacaan buku mini ini, anda telah meletakkan diri anda sebaris dengan para
pemimpin dan orang-orang yang berjaya di dunia ini. Bak kata pepatah Inggeris,
pemimpin adalah pembaca, dan pembaca adalah pemimpin.
7 Teknik yang saya
kongsikan di dalam ebook ini mungkin nampak mudah. Namun, jangan terlalu
memandang remeh akan teknik-teknik ini. Anda sebenarnya tidak perlu membaca
beratus-ratus buku atau menghadiri berpuluh-puluh seminar untuk jadi pelajar
yang berjaya dan cemerlang. Jika anda pandai menghargai ilmu yang ada
disekeliling anda, ilmu yang paling kecil pun akan membantu anda untuk berjaya
di suatu hari nanti.
Saya ucapkan selamat
berjaya kepada anda semua. Insyaallah, jika ada rezeki, mungkin kita akan
bertemu suatu hari nanti.
ada 4 lagi tips
1. Semak nota ringkas
Semak semula kad-kad nota, nota-nota ringkas atau peta-peta
minda yang telah anda buat sebelum ini.
Menyemak semula nota-nota ringkas ini akan memberikan
peluang kepada anda untuk mengesan kelemahan anda pada sesuatu topik.
Anda perlu ingat, ketika ini, bukannya masa untuk
mempelajari perkara-perkara baru, sebaliknya mengulang kaji fakta-fakta
penting.
Ambil tindakan segera untuk mencari maklumat tambahan
mengenai apa yang anda masih tidak faham sama ada daripada guru anda sendiri
ataupun berbincang dengan rakan-rakan yang lebih mengetahui.
Semasa mengulang kaji, dapatkan tip daripada guru anda
mengenai topik-topik mana yang dirasakan penting untuk diberi penekanan.
Selalu lah bersemuka dan berbincang dengan guru anda kerana
mana tahu, kadang kala melalui komunikasi bersemuka ini, anda akan menerima
tip-tip istimewa daripada guru anda.
Petua Mengingat
i. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah sama ada
dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan
kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda.
ii. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi
mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan.
iii. Berlagak seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini
iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung
kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh
membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas.
2. Banyakkan latihan
Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda
boleh melayari Portal Pendidikan Utusan di www.adap.com.my untuk melihat
kembali bank-bank soalan bagi membiasakan diri anda dengan bentuk-bentuk soalan
sesuatu topik.
Satu lagi yang boleh anda lakukan ialah dengan melihat
kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru anda di dalam
kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal
soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan soalan-soalan kuiz yang
menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir.
3. Ulang kaji berkumpulan
Mengulang kaji secara berkumpulan memang baik antara langkah
terbaik untuk seseorang menguasai dan memahami sesuatu subjek. Tetapi, anda
perlu pastikan kumpulan belajar anda tidak terlalu ramai kerana jika terlalu
ramai, anda akan hilang tumpuan. Ada kalanya anda lebih banyak berbual-bual
kosong daripada belajar.
Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk
bertukar-tukar koleksi-koleksi kertas-kertas soalan.
4. Urus masa ulang kaji
Satu lagi perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh
semua pelajar ialah cara bagaimana kita menguruskan masa ulang kaji.
Bagaimanapun, yang penting anda perlu membuat ulang kaji
setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Semasa mengulang
kaji, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan-gangguan sampingan seperti
televisyen dan radio. Ia akan menganggu tumpuan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)